Me & Family

Me & Family

Wednesday, October 24, 2012

Kawan Saya, Shikin.

Saya mempunyai seorang kawan yang sangat baik bernama Nurul Ashikin binti Mohd Sharifuddin.  Saya mengenali  Shikin ketika mula-mula saya ditempatkan di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MECD). Masih segar di ingatan saya pada masa itu Shikin tengah sibuk memasukkan peralatan seperti pen dan kertas untuk kegunaan peserta yang akan menghadiri kursus. Dengan berani saya menghampiri dia dan memperkenalkan diri kepadanya. Dia merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik. Dia mempunyai seorang abang dan 3 adik lelaki.
Saya dan Shikin mempunya hobi yang sama iaitu suke melepak di taman-taman bunga berhampiran rumah di Presint 11. Pada setiap waktu petang, saya akan menunggang motosikal dan menjemput dia untuk ke taman bersama. Sekiranya ada masa lapang pada hujung minggu, saya dan Shikin juga sering menonton wayang bersama-sama di Alamanda, Putrajaya.
Saya menyukai Shikin kerana dia seorang yang baik dan rajin serta kerja yang dilakukan juga sangat efisen. Dia selalu mendapat pujian daripada pegawai atasan tentang sikap tanggungjawabnya terhadap setiap tugas yang diberikan. Dia juga selalu membantu saya sekiranya tidak mempunyai sebarang tugas yang memerlukan tindakan segera.
Sekarang dia sudah berumahtangga jadi kekerapan untuk berjumpa amatlah terhad. Akan tetapi hubungan persahabatan di antara saya dan dia tidak terputus  begitu sahaja kerana sekali sekala kami akan berhubung menggunakan telefon atau menggunakan laman sosial iaitu facebook untuk  bercerita tentang apa yang berlaku setiap hari.
Itulah cerita ringkas mengenai sahabat karib saya.  Saya berharap persahabatan saya dengan Shikin akan kekal selama-lamanya.

Tuesday, October 23, 2012

Masa Lapang Saya

Pada zaman sekarang,segala kelengkapan telah dinaik taraf dan pembangunan serta ekonomi semakin maju setaraf dengan negara luar. Kemudahan infrastruktur telah dipelbagaikan demi mencapai keselesaan rakyat Malaysia. Malaysia turut memajukan sistem teknologinya yang mampu untuk berdaya saing dengan negara yang hebat seperti sistem teknologi di Amerika Syarikat dan di Jepun. Namun, disebalik pembangunan negara yang semakin pesat ini, masih ada lagi golongan remaja yang berfikiran sempit dang sering kali melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Masa lapang sepatutnya terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan masa amatlah penting bak kata pepatah ‘Masa Itu Emas’. Masa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja kerana masa yang terbuang tidak mungkin boleh diulang.
Bagi saya aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang antaranya ialah dengan beriadah. Dengan beriadah, seseorang itu dapat mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan. Sekiranya badan kuat dan sihat, saya dapat memberi bantuan dalam bentuk tenaga kerja seperti membantu ibu bapa dan keluarga dalam menguruskan hal di rumah dan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa. Selain itu,sikap tanggungjawab dan bekerjasama dapat disemai dalam diri dan melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.
Selain daripada itu juga, saya mengisi masa lapang dengan menimba ilmu yang merangkumi pelbagai bidang tidak kira samada di kolej, pejabat mahupun hanya di rumah. Dengan cara ini, masa lapang saya dapat digunakan dengan penuh manfaat. Kadang-kadang saya mengisi masa lapang dengan membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan ilmiah dan bukan bahan bacaan yang mengandungi hiburan semata-mata.
Aktiviti lain seperti berenang juga saya lakukan sekali sekala bagi mengekalkan stamina badan. Aktiviti renang mampu memberikan saya ketenangan dan mengurangkan keadaan stress yang wujud dalam diri saya. Apabila saya tenang dan tidak stress, kerja yang saya lakukan akan lebih teratur.
Pendek kata kite haruslah menghargai masa serta mengisi dengan kegiatan yang berfaedah agar tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat.

Sunday, October 21, 2012

Biodata Diri Saya

Nama saya Wong Shiau Yen. Saya berumur 31 tahun. Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Saya berasal dari Saratok, Sarawak. Saya mula berkerja selepas Tamat Tingkatan Enam di Sekolah Menengah (Bahasa Malaysia) Saratok. Saya bekerja sebagai seorang guru  di Brunei Darussalam. Tempoh saya bekerja sebagai guru hanya selama dua tahun. Saya bercadang untuk balik ke negara sendiri untuk mencari pekerjaan tetap.

Saya telah memohon pekerjaan tetap di laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Dengan kesabaran yang saya ada akhirnya saya telah dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 di Bahagian Sarikei.

Pada 20 November 2004, saya telah menerima tawaran daripada Suruhanjaya Perkidmatan Awam (SPA) sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 dan dikehendaki melaporkan diri pada 30 November 2004. Penempatan pertama saya adalah di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MeCD). Tempoh saya berada di Kementerian berkenaan adalah selama 5 tahun ekoran daripada pengumuman Kabinet pada 9 April 2009 mengenai pembubaran Kementerian. Ini adalah kerana kementerian saya yang mempunyai fungsi yang sama kepada beberapa kementerian lain.

Pada 12 April 2009 saya telah ditempatkan di Bahagian Lembaga Pelesenanan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di bawah Jabatan Perdana Menteri dan masih berada di Unit yang sama. Pada 31 Januari 2011 Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan telah disuruhanjayakan menjadi Badan Berkanun yang belum diasingkan sepenuhnya.

Saturday, October 20, 2012

Hari Pertama di Kelas Komputer

Hari ini merupakan hari pertama saya masuk kelas komputer setelah sekian lama. Kali terakhir masuk kelas komputer adalah masa di Sekolah Menengah Tingkatan Satu. Kelas komputer ini pula bukan kelas biasa yang pernah saya hadiri seperti kelas lain. Kami akan disuruh membuat latihan praktikal dan akan dinilai melalui hasil tugasan yang telah diberi oleh guru yang mengajar.

Tugasan pertama yang diberikan adalah mewujudkan blog masing-masing. Walaupun penggunaan blog tidak pernah dbuat oleh saya sebelum ini tetapi dengan kesabaran dan didikan yang diberi oleh Dr. Zaleha harap dapat saya gunakan semanfaat yang boleh pada masa-masa akan datang.

Pengalaman menjadi seorang pelajar semula memang sangat gembira tetapi disebalik kegembiraan ada perasaan sedih serta halangan dan kekangan yang dihadapi.

Terima kasih, Dr.Zaleha.