Me & Family

Me & Family

Monday, November 19, 2012

Gejala Merokok Di Kalangan Remaja




Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. 

 

Kempen anti merokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.



Kempen anti merokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media seperti televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan anti merokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan. Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!”. Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.”

 
  

Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat. Kempen anti merokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

IMPIAN dan KENYATAAN


Apa agaknya yang membezakan perkataan "IMPIAN" dan "KENYATAAN" di dalam kehidupan kita semua?. Jikalau difikir-fikirkan semula 2 perkataan yang berbeza inilah yang sebenarnya mempengaruhi setiap perkara dan perbuatan di dalam kehidupan seharian kita sebagai insan yang hidup di muka bumi ini. 

Tanpa sedar kita semua sebenarnya telah pun mempunyai impian sebaik sahaja kita mampu berkata-kata seawal usia 3-4 tahun lagi. Siapa yang masih teringat kenangan ketika berusia 3-4 tahun dan mula petah untuk berbicara, kita mula meminta sesuatu dari ibu bapa kita, mengimpikan mempunyai alat-alat permainan yang menjadi kegilaan rakan-rakan sebaya. Jika tidak teringat sebab ketika itu masih kecil mungkin dengan memerhatikan keadaan sekeliling dan anak-anak yang dikalangan usia yang pujangga sebutkan tadi perkara sama pasti akan dapat dilihat. Anak-anak sekarang makin dimanja dan disuapkan dengan kebendaan, secara tidak langsung mereka berani untuk mempunyai impian untuk mendapatkan sesuatu yang sebenarnya diluar kemampuan orang tua mereka.

Bagaimana pula dalam konteks golongan dewasa? Anda pernah teringin untuk mempunyai kereta atau sesuatu barang yang sudah lama diidamkan? Itu sebenarnya yang dinamakan impian. Walaupun impian ini sebenarnya mampu dicapai , itu pujangga gelarkan sebagai impian terlaksana. Kalau kita pergi secara mendalam sikit akan perkara berkaitan impian ini, entah berpuluh kali kita telah pun kecewa kerana tak semua impian ini mampu terlaksana. Bukan kerana kita ni tiada usaha untuk cuba mencapaikan impian itu sebaliknya perkataan kenyataan yang membayangi kegagalan impian kita semua.

Apa sebenarnya definisi Kenyataan ini? kenyataan bagi pendapat pujangga adalah sesuatu perkara yang munasabah dan sesuatu yang realiti bukan fantasi. Antara contoh kenyataan yang seringkali berlaku adalah kita seringkali iri hati dengan kekayaan orang lain dan kenyataannya adalah mereka memang kaya secara keturunan dan kenyataan bagi kita pula ada mengikut rasional kita memang tak mampu nak ikut cara hidup orang kaya. Mungkin kita mengimpikan untuk berkawan dengan seseorang yang popular di tempat kita belajar mahupun bekerja tetapi kenyataannya kita akan terpaksa bersaing dengan ramai lagi manusia yang mempunyai impian yang serupa dengan kita. Selalunya kenyataan ini adalah benda yang pahit kerana kenyataan adalah sesuatu perkara yang realistik manakala kebanyakan dari kita hidup dengan fantasi dan impian yang materialistik.


Kesimpulannya kedua-duanya tanpa disedari mempunyai perkaitan antara satu sama lain sekaligus mempengaruhi hidup kita. Mungkin tak ramai yang berminat nak membaca mengenai entri ini tapi tak mengapa kerana mungkin masing-asing mempunyai pandangan sendiri terhadap apa yang diceritakan.






 

Keluarga Impian Saya

"Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia. 

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”. 

Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. 

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita? 

Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. 

Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.

Kek Lapis Sarawak

Kepada mereka yang gemar kek lapis sarawak...nyamai,hehehe.


Kek Lapis Sarawak adalah kek lapis, secara tradisinya dihidangkan di Sarawak, Malaysia pada majlis-majlis khas. Dalam bahasa Melayu, mereka dikenali sebagai Kek Lapis Sarawak, Kek Lapis Moden Sarawak, Kek Sarawak atau Kek Lapis. Mereka sering dibakar untuk perayaan agama atau budaya seperti Hari Raya, Krismas, Deepavali, hari lahir dan majlis perkahwinan.





 Dengan memperkenalkan reka bentuk moden dan lapisan tradisional, ditambah pula dengan perisa baru yang diilhamkan dari rumah dibuat inspirasi, setiap lapisan menarik berjalin dengan pelbagai perisa semulajadi di antara rasa resipi asal, moden dan pengetahuan dari nenek moyang mereka.




ciri-ciri

Sarawak kek lapis moden boleh dibahagikan kepada dua kategori: kek dengan lapisan kek dan biasa dengan corak, motif, atau bentuk. Semua mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua warna. Kek boleh dibakar dalam oven atau microwave. Adunan menggunakan mentega atau minyak sayuran, susu dan telur, dan memerlukan lengan yang kuat atau pengadun elektrik untuk menjadi betul bersedia. Kek dibakar dalam suhu tinggi, tekstur yang tegas dan lapisan yang diikat bersama-sama dengan jem atau bahan manis yang sama melekit. Kek lebih terperinci sering memerlukan acuan khas untuk mengekalkan ketebalan lapisan yang sempurna.
 






 

Online Shopping - How safe is online shopping?

https://docs.google.com/open?id=0B9ac1qIWFaiBczF6eU1LdjRIMXM

Tuesday, November 13, 2012

CERPEN : Kerana Dia Seorang Ibu

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

Sunday, November 11, 2012

Kemurungan


Apa itu kemurungan?


Kemurungan adalah satu bentuk gangguan emosi paling umum. Gangguan kemurungan sebenarnya merupakan satu penyakit biasa dan lebih umum daripada hipertensi atau diabetes.

Kadar kelaziman kes kemurungan dalam sesebuah jangka hayat di mana-mana negara adalah antara lapan hingga 10 peratus. Beberapa kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mendapati kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia.

Gangguan ini juga menjadi punca kematian paling umum akibat membunuh diri. WHO menganggarkan kematian akibat bunuh diri di rantau Asia Pasifik adalah lebih tinggi daripada penyakit tibi.

Wanita adalah lebih cenderung menghidap kemurungan berbanding lelaki dengan kadar nisbah 1:2.

Beberapa laporan berasingan mendedahkan kira-kira sembilan peratus daripada rakyat Malaysia adalah pesakit yang mengalami kemurungan tahap serius.

Selari dengan perangkaan global, kemurungan juga merupakan penyakit keempat serius di Malaysia. Tetapi jika mengikut pecahan jantina, ia berada di tangga ketiga bagi wanita dan ke-10 bagi lelaki.

Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental IV (DSM-IV), diagnosis kemurungan hanya boleh dilakukan jika terdapat sekurang-kurangnya lima simptom kemurungan yang hadir untuk tempoh sependek dua minggu. Signifikan kehadiran simptom-simptom ini perlu ketara sehingga menjejaskan aspek sosial dan pekerjaan seseorang.

Simptom-simptom itu termasuk:
Emosi negatif

Anhedonia (perkataan Greek bermakna tiada kenikmatan; tidak dapat merasa nikmat daripada aktiviti harian yang digemari)

Perasaan tidak endah

Hilang minat dan rasa seronok

Hilang minat terhadap hubungan seks

Perasaan sedih

Rasa letih

Hilang berat badan dan selera makan secara mendadak

Mengalami gangguan tidur

Mudah sensitif

Resah

Keliru

Kadar konsentrasi yang lemah

Kesunyian

Perasaan negatif: Hilang harapan, rasa tidak berguna, rasa bersalah, ingin membunuh diri

Masalah-masalah fizikal termasuk: sakit belakang, sakit kepala, pening, kesakitan kronik dan masalah perut.

Diagnosis

Untuk mendiagnosis kemurungan, masalah perubatan lain yang mungkin mengakibatkan simptom-simptom yang sedang dialami pesakit perlu disingkirkan terlebih dahulu.

Tiada satu punca tertentu yang mengakibatkan kemurungan. Masalah ini biasanya berpunca daripada gabungan beberapa faktor. Berikut adalah antara kemungkinan yang boleh menyebabkan rasa murung:

Faktor-faktor psikologi: Tekanan daripada sesuatu situasi atau persekitaran dan kejadian (trauma) tertentu.

Faktor genetik, rasa rendah diri, penyakit fizikal yang kronik atau serius.

Monday, November 5, 2012

Sup Jagung Keemasan ialah menu malam ini

Hari ini saya nak masak sup jagung untuk Ami dan Apa. Kepada sesiapa yang nak rasa bole la cuba resepi ini.Sedap!!

Bahan-bahan:
1 liter Air

Bahan A
1 cawan Krim jagung manis
1/2 cawan Daging ayam kisar
4 sudu teh Tepung jagung
1 sudu teh Jus halia
2 kiub Pati ayam Maggie
Garam dan Lada sulah secukup rasa

4 sudu teh Tepung jagung dicampur dengan segelas air
1 biji telur Dipukul sedikit
1pokok Daun sup dihiris

1.Mula-mula masak air hingga mendidih.
2.Masukkan ramuan A dan masak selama 10 minit.
3.Setelah masak, pekatkan dengan campuran tepung jagung.
4.Sedikit demi sedikit masukkan telur dan masak hingga telur beku.
5.Taburkan daun sup yang dihiris diatas sup tersebut.Hidangkan ketika panas.

Senang saja...selamat mencuba!!

Aktiviti pada 4 November 2012 bersama Ami(ibu) dan Apa(bapa)

Hari ini merupakan hari ke-3 setelah balik dari Kuching,Sarawak menghadiri majlis konvokesyen adik di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Tak sempat nak bawa Ami dan Apa makan angin di sekitar Putrajaya. Sabtu dan Ahad saya ada kelas di UKM,Bangi. Kesian sungguh meninggalkan kedua orang tua bersendirian di rumah. Oleh yang demikian, saya pun membuat keputusan mengambil cuti kecemasan untuk membawa Ami dan Apa berjalan-jalan.

7.30pagi-Pagi ini bangun awal saya pun mengajak Ami dan Apa menemani saya servis kereta di Presint 14. Walaupun rasa kesian sebab nak mereka tunggu kerete siap diservis, tetapi hati saya tidak mahu membazirkan masa yang ada supaya boleh bersama Ami dan Apa yang sangat disayangi. Sebab lepas ini saya tahu masa nak bersama mereka akan berkurangan disebabkan saya terpaksa bertugas di Kuala Lumpur dan selalu balik lewat.

10.30 pagi-Saya membawa Ami dan Apa berjalan di satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajaya iaitu Alamanda. Kesian sekali lagi sebab saya tak berani memandu keluar dari Putrajaya maka Putrajaya sahaja tempat yang boleh saya bawa.

1.00 petang-Bawa Ami dan Apa minum di Old Town Cafe sebab Ami kata roti bakar kat situ sedap. Tapi malang sekali roti telah habis. Terpaksa pilih makanan yang lain. Nasib baik order roti prata mak kata sedap. Selesai minum kami pun menuju ke pusat beli belah di Carefour. Ami hadiahkan cerek,hehe. Malunye, dah duduk bertahun lamanyer sekarang baru beli cerek. Habis membeli saya pun membawa Ami dan Apa makan di restorant nasi ayam (Chicken Rice Shop). Seronok melihat mereka makan sampai kenyang.

3.30 petang-Bawa Ami pergi klinik gigi. Tapi sedih, masa cabut gigi hanya pada sebelah pagi sahaja. Terpaksa bawa pada hari lain.

4.15 petang-Balik rumah. Kesian Ami dan Apa kepenatan berjalan sepanjang hari. Sampai rumah, salin pakaian terus baring dan tidur.