Me & Family

Me & Family

Saturday, August 17, 2013

Masa Oh Masa..

Tak sangka Semester Pertama telah pun berlalu. Ni nak buat persiapan pulak untuk menghadapi sesi Semester Kedua plak..Keputusan peperiksaan tak keluar lagi.Risau la.Haizz..macam mana la keputusan exam Final ritu.Rasa dah buat yang terbaik dah.Study group yang dicadangkan oleh Dr. Adib telah dibuat, menunggu hasil je ni. Bila teringatkan nk tunggu result, perut mula la sakit.Adeh!! 

Sebenarnya banyak aktiviti nak buat bila habis exam yang telah berakhir pada 3.3.2013 tetapi disebabkan ada perkara nak buat bersama rakan, rakan plak bz so terpaksa tunda tarikh lain. Nak berenang la, jalan2 cari makan la, jogging, makan angin dan sebagainya.

Hari ini 5.3.2013, lepas waktu bekerja nak outing sama kawan baik Shikin dengan anaknya Haikal. Lama tak jumpa rindu betul dengan mereka berdua. Harap dapat jumpa petang ni sebab asalnyer semalam nak jumpa tapi disebabkan Shikin ada urusan penting terpaksa batal outing semalam.

Minggu depan boypren datang plak..ada kursus di MPOB.So masa tu harap dapat luangkan masa bersama boypren. Nak g shopping la..hahaha. Cakap je shopping tapi sampai masa nanti buat aktiviti lain.Hm...!!

Thursday, January 3, 2013

Ucapan Terima Kasih Buat Dr. Zaleha

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Disini saya ingin merakamkan berbanyak ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam mencipta Blog saya yang tak seberapa ini.

Setinggi penghargaan ingin saya ucapakan kepada Dr. Zaleha iaitu Lecturer yang telah banyak mengajar dan membantu saya dalam bidang Aplikasi Komputer. Bermula dari hari pertama, minggu yang pertama sehingga hari yang terakhir iaitu pada 29 Disember 2012. Walaupun mengandung hampir sembilan bulan, Dr. Zaleha tidak pernah jemu atau ketinggalan untuk mengajar saya dan rakan-rakan yang lain terhadap Aplikasi Komputer tentang tajuk Apa itu Komputer, Cara-cara menggunakan Microsoft Word, Excell, Power Point, Eccess serta yang paling interesting sekali ialah HTML.

Rakan-rakan yang saya hormati dan dikasihi juga tidak saya lupakan kerana idea serta tunjuk ajar yang diberikan baru lah saya dapat menghasilkan blog ini dengan jayanya.

Kepada ibu bapa, adik dan kakak saya, terima kasih di ucapkan atas sokongan dan dorongan yang diberikan.

Harapan saya agar ilmu yang telah Dr. Zaleha sampaikan kepada saya akan dimanfaatkan dalam bidang tugas seharian saya di pejabat baru kelak.

Terima Kasih, Dr Zaleha...:-)

Sunday, December 23, 2012

Pembelajaran HTML

Kelas minggu lepas iaitu 22 Disember 2012 sangat menarik sekali..Tak sangka saya berjaya buat blog i kat gadget uTube tu boleh auto play lagu..Suke-suke sangat bila berjaya buat.So jangan putus asa..buat dan buat lagi sure akan berjaya.

Disini saya tunjukkan apa yang telah Dr. Zaleha sampaikan tapi mungkin kite bole dapatkan lebih info di internet kalau ada apa yang anda fikirkan nak buat.

Basic nyer coding bila mula2 nak wat html..Oh sbelum tu nak bagi tau buat dalam notepad k.Pastu save as sebagai html ye.

<html>
     <head>
     <title>Volcano Web</title>
     </head>
     <!-- written for the Writing HTML Tutorial
     by Lorrie Lava, February 31, 1999       -->
     <body>
     In this lesson you will use the Internet to research
     information on volcanoes and then write a report on
     your results.
     </body>
</html>

Ha, kawan-kawan ini la cara kalau nak bagi utube yang ada kat blog automatik buka bole play sendiri..
 
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/
oHg5SJYRHA0
?autoplay=1&cc_load_policy=1" frameborder="0"
allowfullscreen></iframe>


Ini adalah cara bagi tulisan tu bercolor..

<font size="2" color="blue">This is some text!</font>
Try la buat k..

Tuesday, December 18, 2012

Kanser Payu Dara Lelaki

Jangan hanya kerana jantina anda lelaki, anda fikir anda bebas daripada kanser payu dara. Kanser pembunuh nombor satu wanita sememangnya mampu menyerang kaum Adam. Simptomnya sama seperti kanser payu dara wanita iaitu payu dara tenggelam, wujud ketulan, bengkak dan lelehan nanah yang memerlukan diagnosis lanjut bagi memastikan adakah ia berisiko kanser atau sebaliknya.
 
Kes kanser payu dara lelaki di Malaysia hanya satu peratus berbanding kanser payu dara wanita.
 
Walaupun peratusan kes payu dara lelaki amat sedikit berbanding wanita tetapi jumlah penginapnya meningkat dari tahun ke tahun, menurut Dr. John Low pakar onkologi dari Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur.
 
Lelaki selalunya kalau ada bengkak atau kelainan pada payu dara memang tidak akan terfikir tentang kanser. Tapi mereka tidak tahu jika kelainan tersebut tidak dikesan lebih awal maka ia boleh merebak dengan lebih cepat. Kerap berlaku apabila kanser dikesan ia sudah berada di tahap yang agak lewat dan sukar untuk dirawat dan menyebabkan peratus untuk sembuh menurun.
 
Menurut Dr. Low, penyakit ini ada juga kaitan dengan gen atau keturunan iaitu jika lelaki tersebut mempunyai ibu atau saudara mara wanita yang mengidap kanser payu dara maka risiko untuk dia mengidap kanser yang sama tetap ada. Ia juga berkaitan dengan apa yang dipanggil sebagai sindrom Klinfelter yang mana lelaki normal mempunyai kromosom XY tapi bagi lelaki yang mempunyai kromosom XXY dan mendedahkan mereka dengan penyakit kanser payu dara.
 
"Nasihat saya, lelaki patut sedar tentang penyakit ini terutama jika di kalangan ahli keluarga mereka ada yang menginap kanser payu dara"
 
 Dalam pada itu, kanser payu dara lelaki ini boleh merebak ke organ-organ lain seperti kelenjar limfa, ketiak atau sehingga ke paru-paru dan tulang. Faktor risiko lain adalah pengambilan makanan yang berlemak tinggi, kerap makan daging merah dan makanan segera serta berminyak.

SIMPTOM BARAH PAYU DARA LELAKI
  • Simptomnya hampir sama dengan kanser payu dara wanita dan harus membuat pemeriksaan doktor
    • keluar lelehan (discharge) yang mungkin mengandungi darah
    • payu dara membengkak
    • kesan kerengsaan (ulser) pada kulit payu dara
    • puting tertarik ke dalam (inny nipple)
    • bonjolan di bawah lengan
Prosedur diagnosis dan rawatan pula, ia tidak jauh berbeza dengan kanser payu dara wanita. Lelaki yang bengkak dipayu dara juga akan dikehendaki menjalani ujian mamogram, ultra bunyi dan biopsi. Prosedur tersebut bagi mengesan kehadiran sel-sel kanser kerana mungkin juga kelainan yang dilihat pada payu dara tersebut disebabkan jangkitan kuman dan tidak semestinya kanser.

Bagaimanapun kes di mana kanser payu dara telah merebak ke limfa dan paru-paru, pembedahan segera perlu dijalankan. Pembedahan tersebut dinamakan mastektomi yang mana mengeluarkan nodus (nodes) limfa untuk mengetahui peringkatnya dan kemudian menentukan rawatan yang perlu diambil.

bagi rawatan kimoterapi dan radioterapi pula bergantung kepada tahap keseriusan penyakit tersebut. Biasanya untuk lelaki disarankan radioterapi supaya penyakit tersebut tidak berulang lagi. Penyakit ini kalau dikesan lebih awal memang boleh diubati malah pesakit mungkin tidak perku melalui proses kimoterapi sebaliknya hanya ambil pil hormon selama lima tahun.

Nasihat daripada Dr. Low, lelaki patut sedar tentang penyakit ini terutama jika di kalangan ahli keluarga mereka ada yang mengidap kanser payu dara. Jika perlu pergilah menjalani ujian secara berkala.
 

Monday, December 17, 2012

Adakah Anda Setuju?


Kajian mengenai pendapatan bagi sebuah keluarga.

Mari kita buat beberapa pengiraan yang mudah di sini.

Di Malaysia, purata pendapatan keluarga ialah RM3,000 sebulan
(Di mana suami bekerja, isteri suri rumah).

Saya faham terdapat banyak keluarga yang pendapatan bulanan tidak mencapai RM3,000 tetapi untuk membuat perkara yang mudah, marilah kita mengambil RM3,000 sebagai contoh yang mudah dalam pengiraan ini.


Baiklah, mari kita mula mengira bilangan keluarga yang mempunyai bapa, emak, 1 anak perempuan dan 1 anak lelaki.

Pengiraan bermula ...

Bil elektrik dan air: RM100
(Tiada hawa pendingin, Tiada pemain DVD rumah, Tiada pemanas air ... ok?)

Bil telefon (Telekom): RM100

Makanan untuk keluarga bahagia: RM775
(3 kali makanan RM25 sehari, RM25 untuk 4 orang
Penyelesaian - Makan lebih sayur-sayuran di rumah anda boleh jimat banyak dalam lingkungan RM100-200).

Bapa makan / minum teh tarik semasa jam bekerja: RM155
(RM5 sehari, RM5 ... boleh makan apa?
Makan hidangan utama sahaja, membawa air dari rumah.
Tiada kopi, TEH, MILO dll.)

Bayaran ansuran kereta: RM400
(A proton saga Aeroback, 7 tahun pembayaran balik)

Minyak Petrol (yang tinggal di bandar, trafik jem): RM300
(Pergi ke tempat kerja, membawa anak ke sekolah hanya mampu berjalan satu kereta)

Insurans: RM650
(Anak-anak, isteri dan diri sendiri)

Pembayaran Pinjaman Perumahan: RM750
(Perumahan kos rendah pembayaran balik selama 30 tahun, bersara masih perlu bekerja untuk membayar!)

Tuisyen: RM80
(Ada ke yang murah? I tidak fikir begitu....
Hanya 1 kanak-kanak tuisyen, abang/kakak mengajar adik)

Perbelanjaan anak sulung, wang saku @ sekolah: RM20
(RM1 sehari, makan roti?)

Yuran sekolah: RM30
(Cukup ah?)

Majalah sekolah, buku dan sebagainya: RM100
(Sentiasa mendapat tambahan untuk membayar di sekolah)

Anak-anak yang masih menyusu - susu tepung: RM50
(Tidak boleh mempunyai DHA, BHA, PHA satu, mahal)

Pelbagai: RM100
(Syampu, beras, sos, kertas tandas)

Oh tunggu!
Saya terpaksa berhenti di sini, jadi ...
Tiada Astro,
Tiada filem @ pawagam,
Tidak ada DVD,
Tiada CD,
Tiada talian internet,
Tidak membeli-belah,
Tidak boleh KFC,
Tidak boleh McDonald,
Tidak boleh makan di restoran,
Tidak boleh pergi berjalan di taman pada hujung minggu (petrol mahal),
Tidak boleh bersembang di telefon dengan datuk dan nenek, dan lain-lain ..

Mari kita gunakan kalkulator untuk jumlahkan ... WALAO EH!
RM3,610 sudah ...

KWSP belum potong, cukai pendapatan lagi .........
oledi RM3, 610 ....

Bagaimana untuk bertahan lah tuan-tuan dan Puan-Puan sekalian?

Bagaimana untuk menukar? Jangan makan? Tidak bekerja?
Jangan menghantar anak-anak ke sekolah dan kajian?

Selain itu, saya percaya penduduk Malaysia, terdapat berjuta-juta rakyat Malaysia yang masih tidak mendapat RM3,000 sebulan

Berjimat-jimatlah ye..renung-renungkan...