Me & Family

Me & Family

Saturday, August 17, 2013

Masa Oh Masa..

Tak sangka Semester Pertama telah pun berlalu. Ni nak buat persiapan pulak untuk menghadapi sesi Semester Kedua plak..Keputusan peperiksaan tak keluar lagi.Risau la.Haizz..macam mana la keputusan exam Final ritu.Rasa dah buat yang terbaik dah.Study group yang dicadangkan oleh Dr. Adib telah dibuat, menunggu hasil je ni. Bila teringatkan nk tunggu result, perut mula la sakit.Adeh!! 

Sebenarnya banyak aktiviti nak buat bila habis exam yang telah berakhir pada 3.3.2013 tetapi disebabkan ada perkara nak buat bersama rakan, rakan plak bz so terpaksa tunda tarikh lain. Nak berenang la, jalan2 cari makan la, jogging, makan angin dan sebagainya.

Hari ini 5.3.2013, lepas waktu bekerja nak outing sama kawan baik Shikin dengan anaknya Haikal. Lama tak jumpa rindu betul dengan mereka berdua. Harap dapat jumpa petang ni sebab asalnyer semalam nak jumpa tapi disebabkan Shikin ada urusan penting terpaksa batal outing semalam.

Minggu depan boypren datang plak..ada kursus di MPOB.So masa tu harap dapat luangkan masa bersama boypren. Nak g shopping la..hahaha. Cakap je shopping tapi sampai masa nanti buat aktiviti lain.Hm...!!

Thursday, January 3, 2013

Ucapan Terima Kasih Buat Dr. Zaleha

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Disini saya ingin merakamkan berbanyak ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam mencipta Blog saya yang tak seberapa ini.

Setinggi penghargaan ingin saya ucapakan kepada Dr. Zaleha iaitu Lecturer yang telah banyak mengajar dan membantu saya dalam bidang Aplikasi Komputer. Bermula dari hari pertama, minggu yang pertama sehingga hari yang terakhir iaitu pada 29 Disember 2012. Walaupun mengandung hampir sembilan bulan, Dr. Zaleha tidak pernah jemu atau ketinggalan untuk mengajar saya dan rakan-rakan yang lain terhadap Aplikasi Komputer tentang tajuk Apa itu Komputer, Cara-cara menggunakan Microsoft Word, Excell, Power Point, Eccess serta yang paling interesting sekali ialah HTML.

Rakan-rakan yang saya hormati dan dikasihi juga tidak saya lupakan kerana idea serta tunjuk ajar yang diberikan baru lah saya dapat menghasilkan blog ini dengan jayanya.

Kepada ibu bapa, adik dan kakak saya, terima kasih di ucapkan atas sokongan dan dorongan yang diberikan.

Harapan saya agar ilmu yang telah Dr. Zaleha sampaikan kepada saya akan dimanfaatkan dalam bidang tugas seharian saya di pejabat baru kelak.

Terima Kasih, Dr Zaleha...:-)