Me & Family

Me & Family

Sunday, December 23, 2012

Pembelajaran HTML

Kelas minggu lepas iaitu 22 Disember 2012 sangat menarik sekali..Tak sangka saya berjaya buat blog i kat gadget uTube tu boleh auto play lagu..Suke-suke sangat bila berjaya buat.So jangan putus asa..buat dan buat lagi sure akan berjaya.

Disini saya tunjukkan apa yang telah Dr. Zaleha sampaikan tapi mungkin kite bole dapatkan lebih info di internet kalau ada apa yang anda fikirkan nak buat.

Basic nyer coding bila mula2 nak wat html..Oh sbelum tu nak bagi tau buat dalam notepad k.Pastu save as sebagai html ye.

<html>
     <head>
     <title>Volcano Web</title>
     </head>
     <!-- written for the Writing HTML Tutorial
     by Lorrie Lava, February 31, 1999       -->
     <body>
     In this lesson you will use the Internet to research
     information on volcanoes and then write a report on
     your results.
     </body>
</html>

Ha, kawan-kawan ini la cara kalau nak bagi utube yang ada kat blog automatik buka bole play sendiri..
 
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/
oHg5SJYRHA0
?autoplay=1&cc_load_policy=1" frameborder="0"
allowfullscreen></iframe>


Ini adalah cara bagi tulisan tu bercolor..

<font size="2" color="blue">This is some text!</font>
Try la buat k..

Tuesday, December 18, 2012

Kanser Payu Dara Lelaki

Jangan hanya kerana jantina anda lelaki, anda fikir anda bebas daripada kanser payu dara. Kanser pembunuh nombor satu wanita sememangnya mampu menyerang kaum Adam. Simptomnya sama seperti kanser payu dara wanita iaitu payu dara tenggelam, wujud ketulan, bengkak dan lelehan nanah yang memerlukan diagnosis lanjut bagi memastikan adakah ia berisiko kanser atau sebaliknya.
 
Kes kanser payu dara lelaki di Malaysia hanya satu peratus berbanding kanser payu dara wanita.
 
Walaupun peratusan kes payu dara lelaki amat sedikit berbanding wanita tetapi jumlah penginapnya meningkat dari tahun ke tahun, menurut Dr. John Low pakar onkologi dari Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur.
 
Lelaki selalunya kalau ada bengkak atau kelainan pada payu dara memang tidak akan terfikir tentang kanser. Tapi mereka tidak tahu jika kelainan tersebut tidak dikesan lebih awal maka ia boleh merebak dengan lebih cepat. Kerap berlaku apabila kanser dikesan ia sudah berada di tahap yang agak lewat dan sukar untuk dirawat dan menyebabkan peratus untuk sembuh menurun.
 
Menurut Dr. Low, penyakit ini ada juga kaitan dengan gen atau keturunan iaitu jika lelaki tersebut mempunyai ibu atau saudara mara wanita yang mengidap kanser payu dara maka risiko untuk dia mengidap kanser yang sama tetap ada. Ia juga berkaitan dengan apa yang dipanggil sebagai sindrom Klinfelter yang mana lelaki normal mempunyai kromosom XY tapi bagi lelaki yang mempunyai kromosom XXY dan mendedahkan mereka dengan penyakit kanser payu dara.
 
"Nasihat saya, lelaki patut sedar tentang penyakit ini terutama jika di kalangan ahli keluarga mereka ada yang menginap kanser payu dara"
 
 Dalam pada itu, kanser payu dara lelaki ini boleh merebak ke organ-organ lain seperti kelenjar limfa, ketiak atau sehingga ke paru-paru dan tulang. Faktor risiko lain adalah pengambilan makanan yang berlemak tinggi, kerap makan daging merah dan makanan segera serta berminyak.

SIMPTOM BARAH PAYU DARA LELAKI
  • Simptomnya hampir sama dengan kanser payu dara wanita dan harus membuat pemeriksaan doktor
    • keluar lelehan (discharge) yang mungkin mengandungi darah
    • payu dara membengkak
    • kesan kerengsaan (ulser) pada kulit payu dara
    • puting tertarik ke dalam (inny nipple)
    • bonjolan di bawah lengan
Prosedur diagnosis dan rawatan pula, ia tidak jauh berbeza dengan kanser payu dara wanita. Lelaki yang bengkak dipayu dara juga akan dikehendaki menjalani ujian mamogram, ultra bunyi dan biopsi. Prosedur tersebut bagi mengesan kehadiran sel-sel kanser kerana mungkin juga kelainan yang dilihat pada payu dara tersebut disebabkan jangkitan kuman dan tidak semestinya kanser.

Bagaimanapun kes di mana kanser payu dara telah merebak ke limfa dan paru-paru, pembedahan segera perlu dijalankan. Pembedahan tersebut dinamakan mastektomi yang mana mengeluarkan nodus (nodes) limfa untuk mengetahui peringkatnya dan kemudian menentukan rawatan yang perlu diambil.

bagi rawatan kimoterapi dan radioterapi pula bergantung kepada tahap keseriusan penyakit tersebut. Biasanya untuk lelaki disarankan radioterapi supaya penyakit tersebut tidak berulang lagi. Penyakit ini kalau dikesan lebih awal memang boleh diubati malah pesakit mungkin tidak perku melalui proses kimoterapi sebaliknya hanya ambil pil hormon selama lima tahun.

Nasihat daripada Dr. Low, lelaki patut sedar tentang penyakit ini terutama jika di kalangan ahli keluarga mereka ada yang mengidap kanser payu dara. Jika perlu pergilah menjalani ujian secara berkala.
 

Monday, December 17, 2012

Adakah Anda Setuju?


Kajian mengenai pendapatan bagi sebuah keluarga.

Mari kita buat beberapa pengiraan yang mudah di sini.

Di Malaysia, purata pendapatan keluarga ialah RM3,000 sebulan
(Di mana suami bekerja, isteri suri rumah).

Saya faham terdapat banyak keluarga yang pendapatan bulanan tidak mencapai RM3,000 tetapi untuk membuat perkara yang mudah, marilah kita mengambil RM3,000 sebagai contoh yang mudah dalam pengiraan ini.


Baiklah, mari kita mula mengira bilangan keluarga yang mempunyai bapa, emak, 1 anak perempuan dan 1 anak lelaki.

Pengiraan bermula ...

Bil elektrik dan air: RM100
(Tiada hawa pendingin, Tiada pemain DVD rumah, Tiada pemanas air ... ok?)

Bil telefon (Telekom): RM100

Makanan untuk keluarga bahagia: RM775
(3 kali makanan RM25 sehari, RM25 untuk 4 orang
Penyelesaian - Makan lebih sayur-sayuran di rumah anda boleh jimat banyak dalam lingkungan RM100-200).

Bapa makan / minum teh tarik semasa jam bekerja: RM155
(RM5 sehari, RM5 ... boleh makan apa?
Makan hidangan utama sahaja, membawa air dari rumah.
Tiada kopi, TEH, MILO dll.)

Bayaran ansuran kereta: RM400
(A proton saga Aeroback, 7 tahun pembayaran balik)

Minyak Petrol (yang tinggal di bandar, trafik jem): RM300
(Pergi ke tempat kerja, membawa anak ke sekolah hanya mampu berjalan satu kereta)

Insurans: RM650
(Anak-anak, isteri dan diri sendiri)

Pembayaran Pinjaman Perumahan: RM750
(Perumahan kos rendah pembayaran balik selama 30 tahun, bersara masih perlu bekerja untuk membayar!)

Tuisyen: RM80
(Ada ke yang murah? I tidak fikir begitu....
Hanya 1 kanak-kanak tuisyen, abang/kakak mengajar adik)

Perbelanjaan anak sulung, wang saku @ sekolah: RM20
(RM1 sehari, makan roti?)

Yuran sekolah: RM30
(Cukup ah?)

Majalah sekolah, buku dan sebagainya: RM100
(Sentiasa mendapat tambahan untuk membayar di sekolah)

Anak-anak yang masih menyusu - susu tepung: RM50
(Tidak boleh mempunyai DHA, BHA, PHA satu, mahal)

Pelbagai: RM100
(Syampu, beras, sos, kertas tandas)

Oh tunggu!
Saya terpaksa berhenti di sini, jadi ...
Tiada Astro,
Tiada filem @ pawagam,
Tidak ada DVD,
Tiada CD,
Tiada talian internet,
Tidak membeli-belah,
Tidak boleh KFC,
Tidak boleh McDonald,
Tidak boleh makan di restoran,
Tidak boleh pergi berjalan di taman pada hujung minggu (petrol mahal),
Tidak boleh bersembang di telefon dengan datuk dan nenek, dan lain-lain ..

Mari kita gunakan kalkulator untuk jumlahkan ... WALAO EH!
RM3,610 sudah ...

KWSP belum potong, cukai pendapatan lagi .........
oledi RM3, 610 ....

Bagaimana untuk bertahan lah tuan-tuan dan Puan-Puan sekalian?

Bagaimana untuk menukar? Jangan makan? Tidak bekerja?
Jangan menghantar anak-anak ke sekolah dan kajian?

Selain itu, saya percaya penduduk Malaysia, terdapat berjuta-juta rakyat Malaysia yang masih tidak mendapat RM3,000 sebulan

Berjimat-jimatlah ye..renung-renungkan...

Sunday, December 16, 2012

Kata-kata orang terhadap kawan

Ini pandangan saya, apakah pandangan anda?

Bendera Malaysia



Bendera Malaysia merupakan jalur gemilang yang membanggakan kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengenali ciri-ciri bendera kita.

Jalur gemilang terdiri daripada 4 warna yakni biru, merah, kuning dan putih. Warna-warna ini bukan sahaja cantik, namun memiliki makna yang tersendiri.

Warna biru melambangkan perpaduan negara. Para pemimpin dan rakyat berganding bahu dalam melicinkan pentadbiran negara, tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

Warna merah pula melambangkan keberanian dan keyakinan rakyat negara. Keberanian bukan sahaja dimaksudkan dalam zaman peperangan, namun juga dalam langkah menuju negara maju lagi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Rakyat yang memiliki sifat-sifat sedemikian dapat memajukan dan menguatkan tanah air.

Warna kuning keemasan pula melambangkan kedaulatan raja pemimpin. Rukun negara kesetiaan kepada raja dan negara juga menegaskan falsafah ini.

Warna putih pula melambangkan kasih sayang. Kesucian dan kebersihan hati. Rakyat dan pemimpin yang bermoral tinggi tidak akan terjurumus dalam rasuah dan mementingkan diri-sendiri. Malah, rakyat yang menjalani kehidupan yang suci berasaskan kekukuhan dalam kepercayaan agama dapat melahirkan negara yang bukan sahaja bersih dari segi persekitaran, malah juga kesucian dalam minda.

Jelasnya bahawa warna-warna cantik yang terdapat dalam bendera memiliki erti yang sebegitu mendalam. Saya bersyukur dapat hidup dalam negara yang aman, damai, suci, berani dan berpotensi melangkah menuju kejayaan .
©
Malaysia
 


Thursday, December 13, 2012

Tekanan Darah (Hypertension) - Silent Killer...

 
Topik kali ini i bawa pembaca kepada tajuk Darah Tinggi plak..Jangan biar darah tinggi itu mendampingi kita pada usia yang muda iaitu..22 – 30 tahun. Macam i ni nampak je sihat tapi bila ke klinik buat pemeriksaan asyik tinggi je bacaan tu. Periksa sendiri kat rumah ok plak.
 
Bacaan 129/83 mmHg - Ok kan..

Ni la ubat yang saya makan setiap pagi..huhuhu!!

Tak paham la sebab apa jadi macam tu. Nervous kot..tapi dah banyak kali buat pemantauan akhirnya kena terima hakikat yang diri ni ada darah tinggi mungkin sebab faktor sejarah keluarga. Hm..sedih. Pagi-pagi kena makan ubat darah tinggi dulu walaupun doktor bagi ubat yang dosnyer cume 4mg sebiji makan separuh sehari.
 
Oleh itu, berikut merupakan info bagi sesiapa yang belum mempunyai tekanan darah tinggi, sila amalkan kehidupan yang sihat dan bagi mereka yang mempunyai darah tinggi, kurangkan apa yang perlu dalam pemakanan seharian yang menyumbangkan kepada tekanan darah tinggi, ok. JJJ
 
T

 
ekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
 
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
 
Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 135 sistolik / 85 diastolik mmHg atau lebih rendah.
 
140/90 mmHg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
 
 7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
 
Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, ikutilah tip-tip berikut:
 
1.     Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan.  Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
 
2.     Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
 
3.     Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air dan tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 sudu teh sudahpun mengandungi 2.3g!
 
4.     Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mmHg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
 
5.     Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dri stres yang berpanjangan.
 
     6.   Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
 
i)                 Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pada masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
ii)                  Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
 iii)                Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-  
           sayuran segar.
iv)                Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan didampingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
v)                  Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
vi)                Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
vii)              Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah darah tinggi, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 3 bulan sekali di klinik yang berhampiran atau beli sendiri mesin tekanan darah tinggi.
Blood Pressure Monitor

 
Amalkan kehidupan yang sihat dan sejahtera!!
 

Label Vs Kategori

Hari ni memang menduga, bila terpaksa menghadap orang-orang yang agak menyakitkan jiwa (macam I ni tak menyakitkan jiwa orang) hehe.. Jadi I nak mengklasifikasikan orang-orang ini kepada beberapa jenis. Untuk makluman jenis-jenis ini bukanlah bersumberkan dari fakta atau rujukan yang berilmiah, hanyalah dari perasaan sakit hati I. Nampaknya I lah yang bermasalah kan. (gelak jahat).
 
Kadang-kadang dalam hidup kita seharian ni, kita dah ditakdir bertemu dengan orang-orang yang kita x selesa sangat tapi kita terpaksa untuk juga berurusan dengan mereka. Untuk beberapa perkara, orang-orang ini dengan selesanya menilai kita tanpa kenal kita pun sepenuhnya terutamanya bab bercakap. Bila dengan sesuka hatinya nak melabel orang dengan gelaran yang macam-macam (mostly yang negatif) , jadi dengan automatisnya tahap kegeraman pun meningkat dan seterusnya memberi idea untuk I mengklasifikasikan golong-golongan berikut..teng teng teng...

Kategori 1 : Kategori individu yang suke bercakap.
Individu yang suke bercakap. Seorang yang banyak idea bila bercakap. Tidak takut dan berani menyuarakan pendapat dan pandangan kepada pihak lain tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Kategori 2 : Kategori individu yang kurang atau jarang-jarang dengar dia bercakap.
Individu ini jenis suke jaga tepi kain orang sebenarnya. Bila ada cerita suara dia akan kedengaran dan masa itulah kalau nak dengar dia bercakap masa itu lah yang sesuai. Akan tetapi tidaklah semua individu macam tukan...kalau dalam 10 orang tu mungkin 1 or 2 je yang macam tu. Yang individu jenis pemalu,segan dan memang tak bergaul dengan orang lain je yang kita akan rasa susah nak dia bercakap.
Kategori 3 : Kategori individu yang terpaksa bercakap bila disuruh.
Individu ini jenis yang tak banyak membantu kalau disuruh buat sesuatu. Ini adalah kerana individu ini merasakan pandangan idea yang diberi hanya memberi kebaikan kepada pihak lain. Individu ini juga merasakan diri kalau bercakap akan meyinggung perasaan orang lain sebabnyer jarang bergaul.
Kategori 4 : Kategori individu yang bercakap je lebih buat tak (Speak Louder Than Action).
Individu ini kalau suruh bercakap, benda mati boleh jadi macam hidup balik, ahahaha. Sebab dia pandai memutar belitkan keadaan seolah-olah apa yang dia cakap tu benar. Contohnya dia kata dia akan berjanji akan habiskan dalam tempoh yang diberikan dengan hasil yang pasti memuaskan hati orang. Tapi bila sampai masanya, hasil tu dah la tak da bagi macam-macam alasan sibuk supaya orang percaya dia memang betul sibuk la sangat...

Kategori 5 : Kategori yang baik macam aku...

Ewah perasan pulak.. Ahakss.

Amaran Keras : Kategori ini adalah dari nilaian I sendiri tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati...hmm kalau ada kena mengena pun, sikit je lah kot. Sape terasa hamek!!! (gelak jahat)
:: Wong Ah Yen ::
:: Peace begins with a smile
::

Tuesday, December 11, 2012

Food Miniature

Sangat Comel dan Menarik Sekali...
 




Teringin la nak buat gak Food Miniature ni...mana bole dapat bahan untuk buat ni yer...? Bayangkan kalau dunia ni semua makanan dikeluarkan dalam saiz dan bentuk seperti ini..OH TIDAK!!
 







 

Monday, December 10, 2012

Kursus Team Building

Satu-satunya Kursus Team Building yang sangat menarik dan terbaeekkk pernah saya hadiri dan kursus ini dianjurkan oleh jabatan saya di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, MeCD...Selama 3 hari 2 malam di Port Dickson oleh consultant Omniwise Sdn Bhd


Seperti biasa pembahagian kumpulan pastu kena buat logo untuk kumpulan masing-masing

Masa ini la kekreatifan individu dinilai...

Sesi pembentangan hasil tugasan yang telah dibuat




Wajah-wajah peserta-peserta kursus
Keesokkan hari peserta didedahkan dengan peralatan untuk kegunaan rock climbing

Latihan terlebih dahulu sebelum betul-betul diuji di atas bukit
 
Sedikit demo dari pihak pengajar mengenai cara-cara menggunakan alat kelengkapan Rock Climbing

Selesai sudah...


Tengok la i buat rock climbing, mana tau lepas u orang tengok akan pergi cuba buat...Besttt!!

Sunday, December 9, 2012

Tugasan 3 : Gila Berbelanja

Marilah menonton presentation kite orang pasal Gila Berbelanja

Video Presentation


Hari Keluarga Bersama Pegawai dan Rakan-rakan Di Unit Pengurusan Sumber Manusia Pada Tahun 2208


Mengimbau semula segala kenangan bersama rakan-rakan dan bos-bos pada masa sebelum Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MeCD) dibubarkan amatlah sukar dilupakan. Alangkah bagusnyer kalau masa dapat berpatah semula....
 
 
Inilah warga Unit Pengurusan Sumber Manusia, MECD pada suatu masa dahulu.
 
 
Tidak dapat dilupakan semua pegawai-pegawai dan rakan-rakan yang ada di dalam gambar ini yang secara langsung dan tidak langsung membantu saya semasa saya berada di unit tersebut...Masa ini betapa seronok saya dan beberapa orang rakan telah lantik menjadi urusetia bagi Aktiviti Hari Keluarga ini di Bagan Lalang, Banting.
 
 
Isma,Nuruliza,Shikin,saya dan Nazib

Kak Ros dan Isma dalam perjalanan ke Bagan Lalang, Banting                          

Shikin dan Saya telah sampai di destinasi yang dituju...
 
Azly,Faiz dan Nazib
 
 
 
Persiapan sebelum bermulanya aktiviti lasak...
 




Inilah mug yang akan diberikan kepada peserta

Melihat kawasan
 
Mug yang terukur Bagan Lalang
Pembahagian tag warna bagi setiap ahli kumpulan 

 Sarapan merangkap makanan tengah hari...
Mengisi perut yang kosong nampak...
Aktiviti bermula dengan acara main bola tampar
Acara kanak-kanak
Acara bawa pingpong dalam sudu untuk budak-budak bawah 12 tahun
Alololo...baling lembut sangat.Tak masuk.

Mai mai datang kat akak kalo menang untuk dicatat markah,hehehe.
Nak main jugak...

Adik cepat baling, jangan tak baling, yang kakak sebelah tu pula kutip jangan tak kutip

Acara bagi orang dewasa pulak..
Berjalan secara kumpulan di atas kayu panjang...

Pegang kuat-kuat

Atur strategi masing-masing!!!
Tarik guni...


Pancing botol guna paku


Mana bole pegang-pegang gitu Faiz...

Siapa cepat dia dapat...

Wah..seronok dapat kena hempap tu.

Macam-macam gaya dah..


Sorakkan ommmbaakkkk bila dah menang
Balingan mauttt...hahaha

Tersasar ke tempat lain la pulakk..duh!!

Jaga baik-baik belon tu..

Pijak-pijak...

Gaya silat nampak...


Amboii..berjaga-jaga nampak..

 Tamatlah Acara di padang..masa untuk mengisi perut dan mengetahui siapakah JUARA!!!






Hadiah yang bakal diperolehi kepada setiap kumpulan

Sedikit ucapan ringkas daripada Ketua Penganjur, Encik Azhar

Ucapan dari Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Adibah


Dan kini semua tinggal hanyalah kenangan...