Me & Family

Me & Family

Sunday, December 16, 2012

Bendera Malaysia



Bendera Malaysia merupakan jalur gemilang yang membanggakan kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengenali ciri-ciri bendera kita.

Jalur gemilang terdiri daripada 4 warna yakni biru, merah, kuning dan putih. Warna-warna ini bukan sahaja cantik, namun memiliki makna yang tersendiri.

Warna biru melambangkan perpaduan negara. Para pemimpin dan rakyat berganding bahu dalam melicinkan pentadbiran negara, tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

Warna merah pula melambangkan keberanian dan keyakinan rakyat negara. Keberanian bukan sahaja dimaksudkan dalam zaman peperangan, namun juga dalam langkah menuju negara maju lagi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Rakyat yang memiliki sifat-sifat sedemikian dapat memajukan dan menguatkan tanah air.

Warna kuning keemasan pula melambangkan kedaulatan raja pemimpin. Rukun negara kesetiaan kepada raja dan negara juga menegaskan falsafah ini.

Warna putih pula melambangkan kasih sayang. Kesucian dan kebersihan hati. Rakyat dan pemimpin yang bermoral tinggi tidak akan terjurumus dalam rasuah dan mementingkan diri-sendiri. Malah, rakyat yang menjalani kehidupan yang suci berasaskan kekukuhan dalam kepercayaan agama dapat melahirkan negara yang bukan sahaja bersih dari segi persekitaran, malah juga kesucian dalam minda.

Jelasnya bahawa warna-warna cantik yang terdapat dalam bendera memiliki erti yang sebegitu mendalam. Saya bersyukur dapat hidup dalam negara yang aman, damai, suci, berani dan berpotensi melangkah menuju kejayaan .
©
Malaysia
 


No comments:

Post a Comment