Me & Family

Me & Family

Thursday, December 13, 2012

Tekanan Darah (Hypertension) - Silent Killer...

 
Topik kali ini i bawa pembaca kepada tajuk Darah Tinggi plak..Jangan biar darah tinggi itu mendampingi kita pada usia yang muda iaitu..22 – 30 tahun. Macam i ni nampak je sihat tapi bila ke klinik buat pemeriksaan asyik tinggi je bacaan tu. Periksa sendiri kat rumah ok plak.
 
Bacaan 129/83 mmHg - Ok kan..

Ni la ubat yang saya makan setiap pagi..huhuhu!!

Tak paham la sebab apa jadi macam tu. Nervous kot..tapi dah banyak kali buat pemantauan akhirnya kena terima hakikat yang diri ni ada darah tinggi mungkin sebab faktor sejarah keluarga. Hm..sedih. Pagi-pagi kena makan ubat darah tinggi dulu walaupun doktor bagi ubat yang dosnyer cume 4mg sebiji makan separuh sehari.
 
Oleh itu, berikut merupakan info bagi sesiapa yang belum mempunyai tekanan darah tinggi, sila amalkan kehidupan yang sihat dan bagi mereka yang mempunyai darah tinggi, kurangkan apa yang perlu dalam pemakanan seharian yang menyumbangkan kepada tekanan darah tinggi, ok. JJJ
 
T

 
ekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.
 
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
 
Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 135 sistolik / 85 diastolik mmHg atau lebih rendah.
 
140/90 mmHg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
 
 7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
 
Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, ikutilah tip-tip berikut:
 
1.     Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan.  Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
 
2.     Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
 
3.     Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air dan tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 sudu teh sudahpun mengandungi 2.3g!
 
4.     Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mmHg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
 
5.     Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dri stres yang berpanjangan.
 
     6.   Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
 
i)                 Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pada masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
ii)                  Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
 iii)                Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-  
           sayuran segar.
iv)                Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan didampingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
v)                  Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
vi)                Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
vii)              Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah darah tinggi, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 3 bulan sekali di klinik yang berhampiran atau beli sendiri mesin tekanan darah tinggi.
Blood Pressure Monitor

 
Amalkan kehidupan yang sihat dan sejahtera!!
 

No comments:

Post a Comment