Me & Family

Me & Family

Thursday, December 13, 2012

Label Vs Kategori

Hari ni memang menduga, bila terpaksa menghadap orang-orang yang agak menyakitkan jiwa (macam I ni tak menyakitkan jiwa orang) hehe.. Jadi I nak mengklasifikasikan orang-orang ini kepada beberapa jenis. Untuk makluman jenis-jenis ini bukanlah bersumberkan dari fakta atau rujukan yang berilmiah, hanyalah dari perasaan sakit hati I. Nampaknya I lah yang bermasalah kan. (gelak jahat).
 
Kadang-kadang dalam hidup kita seharian ni, kita dah ditakdir bertemu dengan orang-orang yang kita x selesa sangat tapi kita terpaksa untuk juga berurusan dengan mereka. Untuk beberapa perkara, orang-orang ini dengan selesanya menilai kita tanpa kenal kita pun sepenuhnya terutamanya bab bercakap. Bila dengan sesuka hatinya nak melabel orang dengan gelaran yang macam-macam (mostly yang negatif) , jadi dengan automatisnya tahap kegeraman pun meningkat dan seterusnya memberi idea untuk I mengklasifikasikan golong-golongan berikut..teng teng teng...

Kategori 1 : Kategori individu yang suke bercakap.
Individu yang suke bercakap. Seorang yang banyak idea bila bercakap. Tidak takut dan berani menyuarakan pendapat dan pandangan kepada pihak lain tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Kategori 2 : Kategori individu yang kurang atau jarang-jarang dengar dia bercakap.
Individu ini jenis suke jaga tepi kain orang sebenarnya. Bila ada cerita suara dia akan kedengaran dan masa itulah kalau nak dengar dia bercakap masa itu lah yang sesuai. Akan tetapi tidaklah semua individu macam tukan...kalau dalam 10 orang tu mungkin 1 or 2 je yang macam tu. Yang individu jenis pemalu,segan dan memang tak bergaul dengan orang lain je yang kita akan rasa susah nak dia bercakap.
Kategori 3 : Kategori individu yang terpaksa bercakap bila disuruh.
Individu ini jenis yang tak banyak membantu kalau disuruh buat sesuatu. Ini adalah kerana individu ini merasakan pandangan idea yang diberi hanya memberi kebaikan kepada pihak lain. Individu ini juga merasakan diri kalau bercakap akan meyinggung perasaan orang lain sebabnyer jarang bergaul.
Kategori 4 : Kategori individu yang bercakap je lebih buat tak (Speak Louder Than Action).
Individu ini kalau suruh bercakap, benda mati boleh jadi macam hidup balik, ahahaha. Sebab dia pandai memutar belitkan keadaan seolah-olah apa yang dia cakap tu benar. Contohnya dia kata dia akan berjanji akan habiskan dalam tempoh yang diberikan dengan hasil yang pasti memuaskan hati orang. Tapi bila sampai masanya, hasil tu dah la tak da bagi macam-macam alasan sibuk supaya orang percaya dia memang betul sibuk la sangat...

Kategori 5 : Kategori yang baik macam aku...

Ewah perasan pulak.. Ahakss.

Amaran Keras : Kategori ini adalah dari nilaian I sendiri tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati...hmm kalau ada kena mengena pun, sikit je lah kot. Sape terasa hamek!!! (gelak jahat)
:: Wong Ah Yen ::
:: Peace begins with a smile
::

No comments:

Post a Comment